Ahad, 21 Mac 2010

Konvoi Ke Penang - Kuala Kangsar - Cameroon Highland - JB

Salam semua,
Tahun ini kelab Ebikerz mengadakan ke P.Pinang,K Kangsar,C.Highland & JB. Tujuan sebenar adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat kami Megat di KK & Khalid di JB. Jadual kami bermula pada 14 hb Feb 10 sehingga 16 hb Feb 10.
Seperti yang telah dijanjikan,kami berkumpul di Sri Damansara pada 13 hb Feb jam 11.00 malam. Tepat jam 12.00 tgh malam selepas taklimat & bacaan doa,kami bergerak untuk menuju ke hentian pertama kami iaitu di R&R Tapah.Kami tiba di situ pada jam 2.00 pagi.Setelah mengisi minyak,perjalanan pun diteruskan.Selepas melewati R&R Sungai Perak,tiba tiba terlihat Busu berhenti ditepi jalan.Setelah dibuat pemeriksaan,didapati motosikalnya mengalami masalah lampau panas (jammed panas).Tiada pilihan lain,terpaksalah meneruskan perjalanan walaupun piston ring motosikalnya berbunyi seperti orang sedang menukang rumah.Kami tiba di R&R G Semanggol tepat jam 5.30 pagi.Kami berehat lama disini untuk sholat subuh dsbnya.
Jam 8.00 pagi kami meneruskan perjalanan ke P Pinang.Tiba di Jeti dan menaiki feri jam 9.15 pagi.Ini adalah pengalaman pertama kali buat sebahagian dari kami menunggang motosikal diatas feri.
Tepat jam 10.30 pagi kami tiba di KK Budget Hotel.Selepas berehat seketika kami berusaha untuk mencari bengkel motosikal supaya motosikal Busu dapat dibaiki.Ada sebuah kedai di Bagan Baru,tapi malangnya tiada alat ganti.Setelah kata sepakat dicapai,Busu nekad untuk meneruskan perjalanan dengan keadaan seadanya.Jam pun telah menunjukkan pukul 3.00 petang,perut pun dah berkeroncong.Kami bergegas jmenuju ke kedai nasi kandar yang terkenal iaitu Nasi Kandar Line Clear.Pergghh....memang berbaloi dengan setiap RM yang dilkeluarkan.Setelah kenyang mata pun dah mengantuk,balik hotel tidur sekejap.
Jam 8.00 malam kami kecuali Azli keluar untuk P Kota Lama,pekena Pasemboq power.Azli tak ikut kerana kurang sihat.Hilang akal jap tengok bahan bahan buat pasemboq,tu yang bila nk bayar terkezut besar, mahal gak...........tak cukup dengan pasemboq,layan sotong kangkung dgn kerang rebus.Ape punya perut daa..........Dah kenyang tu ronda ronda di Gurney Drive.
Esoknya kami check out jam 10.00 pagi.Destinasi kami ke rumah mertua Asrie di Kg Jawa Bagan Serai.Tiba disana kami dijamu dengan meehon goreng dsbnya.Alhamdullilah........Jam 12.00 tgh kami bertolak menuju ke rumah Megat di KK.Kami tiba tepat jam 1.30 petang,wow memang ramai sungguh tetamu yang hadir.Jam 3.00 petang kami meninggalkan rumah pengantin.Disini kami berpecah kepada 2 kumpulan.Satu kumpulan yang diketuai oleh Bard pergi ke C Highland,manakala Asrie & Kaspi pulanh ke KL untuk meneruskan perjalanan ke JB pada sebelah malamnya.
Bagi kumpulan yang ke C Highland,mereka tiba di Brinchang pada jam 6.30 petang.Malam tu kami menjelajah pasar malam di pekan Brinchang,memang shiok wo pasar ni....Esok kami check out awal kerana ingin ke ladang Strawberri untuk membeli buah tangan.Seterusnya singgah di Bharat Tea,minum dulu..........Jam 3.00 petang singgah di Lata Iskandar.Selepas merasai kesejukan air terjun disitu,kami terus menuju ke R&R Tapah untuk mengisi minyak.Kemudian menyambung perjalanan ke R&R Ulu Bernam untuk mengisi perut


ke JB.....



Bagi kumpulan yg ke JB ,kami berkumpul di R&R dengkil.Ikut pd. jadual asal sepatutnya berkumpul jam 11.00 mlm,tetapi lewat kerana Kaspi & Asri terlewat bangun.Kami bertolak pd. jam 1.20 pagi.Pd jam 2.20pagi kami tiba di R&R Air Keroh utk mengisi perut dan mengisi minyak.setelah sejam berehat ,kami meneruskan perjalanan.
Setelah hampir 1jam perjalanan,keempat2 kami merasa mengantuk yg amat sgt,utk mengelakkan terjadi masalah,kami berhenti tidur di hentian sebelah Yong Peng.disebabkan Kaspi&Asri yg kepenatan kerna pd sebelah siangnya mereka telah mengharungi perjalanan dari p.Pinang,kami semua terlena sehingga jam 6.30pagi. Selesai sholat subuh berposing dan bergambar,kami bergerak ke R&R machap utk bersarapan.Jam8.00 pagi kami menyambung perjalanan ke JB, Di pertengahan jalan kami berkenalan dgn sdr Mizie yg dlm perjalanan pulang dr tempat kerja Saudara Mizie yg telah menunjukan arah ke Hotel Penginapan kami di Sri Malaysia,kami byk2 berterima kasih pd saudara Mizie kerna membantu.
Setelah selesai urusan check-in kami bergegas utk ke rumah pengantin di kampung Baru, kira-kira 10 minit dari hotel penginapan kami.Alhamdulillah, tertunai juga hajat kami kpd pengantin lelaki yg kami akan hadir ke majlis perkahwinanya.
Jam 3.30 ptg kami pulang ke hotel utk bersolat & tidur. Selepas maghrib lebih kurang jam 9.30pm kami keluar utk makan malam.Destinasi kami ialah Restoran Osman Di taman UDA. Di situ kami pekena Sup Tulang Merah,memang syok.Jam 12 malam pulang ke hotel utk zzzzzz…….( berdengkur daaa…)
Esoknya selepas sarapan di hotel,kami check out tepat jam11.00 pagi.Destinasi kami seterunya ialah keMuar utk menikmati mee bandung yang terkenal di situ.Dari JB kami melalui tol Pagoh utk sampai ke Muar.Di Muar teman kami Mr.Saiful telah menunggu kami dan kami di bawa Tanjung Mas,Setelah menikmati mee bandung Rojak petis kami sholat asar di masjid Sultan Ibrahim.Jam5.30 petang kami menyanbung perjalanan ke R&R Seremban.Kami tiba tepat jam 7.05 malam.Di sini kami berehat dan mengisi minyak.
Jam 8.00 mlm kami meneruskan perjalanan ke Sri Damansara melalui exit KLIA,dari situ Mr.Yusz berpecah di exit Seafield dan selebihnya meneruskan perjalanan ke exit Subang Airport dan Sg,Buloh.
Berakhirlah kembara kami kali ini.Alhamdulillah syukur tiada kemalangan terhadap ahli e-bikerz,Cuma ada kerosakan kecil pd engine motorsikal…

Konvoi kali ini disertai oleh.

Bard-Virago
Ajis - Virago
Asri – Cagiva Mito 125
Big Show – TXR Panther 150
Kaspi – ZXR 150 RR
Azli - TXR Panther 150
Busu – RXZ 135
Dan – RXZ 135
Yusz – TZM 150