Sabtu, 18 Julai 2009

Konvoi lagi.. 

KONVOI E-BIKERZ KE PCB ~ TASIK BANDING ~ CAMERON HIGHLAND. 

Kami dari Kelab E-bikerz telah mengadakan satu konvoi menjelajah ke PCB ( Kelantan ) ,Pulau Banding ( Perak ) dan Cameron Highland ( Pahang ) pada 24 hingga 
27 januari 2009.Ahli – ahli kami terdiri daripada Ajis Mapley ( Virago ),Bard ( Virago ),Asri Mito ( Cagiva Mito ),Yusz ( TZM ),Darn ( RXZ ),Kaspi ( ZXR 150 ),Big Show ( TXR ),Shabol ( RXZ ),Azli ( TXR ),Kamarul ( ZXR 250 ) dan Suri ( LC 135 ). 

24 Jan 2009 

Kami berkumpul di Sri Damansara jam 11.00 pm,malangnya saudara Yusz lewat tiba kerana mengalami masalah motorsikal. 
Kami memmbuat keputusan untuk berpecah kepada dua kumpulan,kumpulan pertama terus bertolak ke Raub,manakala saudara kaspi dan Asri Menunggu ketibaan saudara Yusz.Jam 2 pagi barulah kumpulan kedua bertolak ke Raub. 
Jam 3.30 pagi kami tiba di Raub dan berkumpul.Perjalanan diteruskan kembali menuju ke ke Gua Musang melalui Sungai Koyan. 
Jam 5.00 pagi tiba di Kechau,Kuala Lipis untuk mengisi minyak dan mengisi Perut. 

25 Jan 2009 

Perjalanan di sambung semula pada 6.00 pagi dalam keadaan hujan renyai.Tidak lama selepas itu bermulalah episod duka bagi saudara Yusz dimana motorsikalnya meragam.Setelah dibuat pemeriksaan oleh saudara Darn,Maka kami membuat keputusan untuk menunda motorsikal hingga ke Gua Musang.Kami tiba di Gua Musang pada jam 9.00 pagi dan mencari bengkel . Memandangkan pada hari tersebut Tahun Baru Cina maka banyaklah kedai yang tutup.Seterusnya kami menunda lagi ke Felda Chiku.Alhamdulillah ,akhirnya kami menjumpai sebuah bengkel yang masih beroperasi.Dengan berkat usaha mekanik bengkel tersebut maka motorsikal saudara Yusz kembali bernyawa. 
Kami syorkan kepada sesiapa yang ada masalah semasa perjalanan singgahlah ke bengkel tersebut.Perjalanan diteruskan semula jam 5.00 petang menuju ke Pantai Cahaya Bulan .Kami check – in di HB Village jam 10.00 malam,seterusnya kami menyerahkan wang derma untuk asrama anak yatim Darul Aitam kepada wakilnya yang telah menunggu kami di HB Village. 

26 Jan 2009 

Di atas faktor kepenatan ramai ahli telah terlajak tidur,jadi perjalanan untuk ke Rantau Panjang bermula jam 11.00 pagi. 
Kami berhenti di Pasir Mas untuk mengisi minyak dan mengalas perut. 
Jam 1.00 tengahari kami tiba di Rantau Panjang dan bermulalah episod membeli belah.( Beli buah tangan untuk orang tersayang..penting ni..untuk dapatkan lesen..he..he ). 
Jam 3.15 petang bertolak ke Tasik Banding melalui Jeli , singgah rehat di hentian rehat Titiwangsa.( nyaman sungguh tempat nyer..sejuk ). 
Kami check-in di Rumah Panjang, Belum Resort Tasik Banding pada jam 8.00 malam.Agak terkejut juga pada mulanya kerana tidak menyangka kemudahan yang disediakan terlalu asas,hanya disediakan tempat tidur dan bilik mandi.Tapi selepas itu kami rasa seronok pula kerana mengalami pengalaman kehidupan seperti di rumah panjang yang sebenar.Kami syorkan kepada sesiapa yang ingin merasa kehidupan sebenar orang Asli di sinilah tempatnya. 

27 Jan 2009 

Hari ini perjalanan kami menuju ke Cameron Highland .Kami meninggalkan Belum Resort Tasik Banding jam 9.00pagi dan meneruskan perjalanan ke Bandar Grik untuk mengisi minyak.Seterusnya kami singgah untuk makan tengahari di Kampung Kelantan berhampiran Tasik Raban atas jemputan sahabat kami iaitu En.Marzuki. 
Seterusnya kami mengisi minyak di hentian Sungai Perak,sebelum meneruskan perjalanan ke Cameron Highland melalui jalan Simpang Pulai.Kepada para Bikerz ,inilah tempatnya untuk melayan korner selain Genting-Awana memang syok beb...Sepanjang perjalanan dari Simpang Pulai ke Kampung Raja kami terpegun melihat keindahan muka bumi ciptaan yang Maha Esa.Selepas 2.00 jam menikmati suasana sejuk di puncak Cameron Highland maka kami meneruskan perjalanan pulang melalui jalan Tapah .Kami berhenti rehat di Hentian Rehat Ulu Bernam jam 10.00 malam. 
Seterusnya kami menuju perjalanan pulang ke rumah masing – masing dan berpecah di susur keluar Sungai Buluh. 
Maka berakhirlah Konvoi untuk E-Bikerz untuk tahun 2009…dah ada ura-ura ke Koh Lanta lepas ni. 
P/s:Atas permintaan ahli-ahli E-Bikerz supaya ubah artikel yg lepas.. 

Dari Editor E-Bikerz Club, 

Yusrizal & Ros Hamdan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan