Sabtu, 18 Julai 2009

KONVOI DALCA KAMBING


Pada hari sabtu 13 jun 2009 sebahagian daripada ahli2 e~bikerz telah mengadakan konvoi 
ke Kg Felda Sg.Kemahal ,Triang Pahang.Tujuan kami adalah untuk ke majlis perkahwinan adik kepada seorang ahli iaitu saudara Hamdan.

Seperti yang telah dijanjikan kami berkumpul di Medan Selera Sri Damansara.
Konvoi kali ini akan di sertai oleh Ajis Mapley,Asri,Azli,Kaspi dan Yusz. 
Kami memulakan perjalanan pada jam 9.20 am.Perjalanan melalui Lebuh raya KL ~ Karak. Tepat jam 10.00an kami berhenti di R&R PSS Bentong untuk mengisi minyak.
Untuk kali ini konvoi banyak di sertai oleh motor motor kapcai,jadi minyak mesti kerap di isi.Perjalanan di teruskan menuju ke Pekan Karak. Setibanya di Karak kami mengambil jalan menuju ke Kuala Pilah.
Laluan ini adalah jalan utama menuju ke Melaka. Dikiri kanan di penuhi dengan dusun durian, syok woooooooo.Kami singgah bertanyakan harga durian yg di jual. Ikut kepada pengiraan kami harganya tidak lah terlalu mahal. 1 bakul 14 biji berharga Rm 45.00 , durian kampung wooo.
Satu yang bestnya ikut jalan ni ialah anda akan di hidangkan dengan selekoh selekoh yg akan membuatkan peha,lutut dan lengan anda terasa kejang. Satu kenikmatan kepada rider yg suka meleper.
Setelah puas meleper,akhirnya kami tiba di Pekan Simpang Pelangai.
Berhenti rehat sekejap untuk memanaskan perut yg mula sejuk.
Lebih kurang jam 11.20 am kami meneruskan perjalanan kami. Sebenarnya ini adalah kali pertama kami melalui laluan ini jadi kami tak tahu untuk mengambil kira masa perjalanan yg tepat.Dalam kelekaan kami memerhatikan pemandangan,rupanya kami telah pun tiba di persimpangan masuk ke Kg Felda Sg Kemahal.Setelah mendapat petunjuk dari saudara Hamdan,akhirnya kami tiba ke destinasi tepat jam 12.20pm.

Ketibaan kami di sambut oleh saudara Hamdan dgn perasaan gembira kerana dia tak menyangka yg kami dapat sampai ke rumahnya tanpa sesat.
Memandangkan perut pun dah mula berbunyi, macam bunyi piston single ring, kami pun bergegas ke khemah untuk menyantap hidangan yg telah di sediakan.
Alhamdullilah…..sedap sungguh hidangan yg di sediakan.
Tau tak lepas kenyang benda apa yg paling best? Tidor lah……..
Ada di antara kami mengambil kesempatan untuk melelapkan mata di atas kerusi malas di bawah pokok manggis , tapi sayang manggis belum masak lagi.
Sementara itu ada di antara kami sibuk membelek hasil kerja tangan sepupu kepada saudara Hamdan iaitu sebuah motor Suzuki RG yang di ubah suai menjadi sebuah Scrambler yg canggih. Lepas tu mula lah member semua berangan nk ada sorang sebuah……….
Lepas puas makan ,minum,tidor dan menyembang kami pun meminta izin untuk pulang.
Sebelum itu kami menunaikan kewajipan kami dulu di Masjid Kg tersebut.

Kami memulakan perjalanan pulang jam 3.40 pm. Setelah setengah jam perjalanan setibanya di Kg Jawi Jawi hujan telah turun dgn lebat memaksa kami memakai kelengkapan baju hujan.Walaupun hujan turun dgn lebat,sedikit pun tidak mematahkan semangat kami.Sedang kami sibuk menumpukan perhatian kepada situasi jalan yg basah itu,tiba tiba motosikal yg di tunggang oleh Kaspi telah hilang kawalan. Hasil dari situasi itu tiga org yg mengikut dari belakang iaitu Yusz,Ajis & Azli turut terlibat sama terbabas ke kaki lima jalan.Tempat kejadian itu berhampiran dengan papan tanda 1 kilometer ke Chemomoi-Kemansul. Setelah reda situasi yg mengemparkan tadi,kami meneruskan perjalanan dgn lebih berhati-hati. Kami berhenti di Pekan Telemong untuk mengisi minyak.
Tepat jam 5.00 pm tiba di Pekan Karak untuk mengisi perut.
Jam 5.30 kami memulakan perjalanan,setelah puas melayan selekoh yg amat mencabar kami berhenti rehat sekali lagi di Hentian Gombak. Setelah berehat sebentar kami meneruskan perjalanan pulang. Kami berpecah di persimpangan KL di mana Yusz pulang ke rumah mengikut jalan Kuching dan member yg lain terus ke Sg Buloh.

Alhamdullilah kami semua selamat sampai ke rumah masing masing.
Maka berakhirlah satu lagi episod kembara E bikerz buat kali ini.Hingga

Jumpa lagi di masa akan datang.



Yusz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan